CONTOH SURAT RAYUAN HAJI ke TABUNG HAJI 

 

Selawat dan Salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt

Haji, perjalanan yang dirindui. Pergi kerana menjadi tetamu Allah. Semua umat Islam pun rindukan perjalanan mencari cinta abadi.

Ramai yang dah daftar Haji di Tabung Haji, cuma belum direzekikan ke sana lagi. Sama juga dengan kami suami isteri.

Tahun lepas, saya ada kongsikan Surat Rayuan Haji yang kami hantar ke pihak TH di fb page TelekungNajwa kerana ramai yang minta kongsi. Alhamdulillah, ada yang PM kami dankongsikan ibubapanya dipanggil pihak Tabung haji last minute dan rayuan mereka berjaya. Syukur Ya Allah, syukur. Rezeki itu milik Allah

Kali ni, kami kongsikan di blog website ini supaya mudah untuk semua copy dan buat rayuan. Doakan kami juga dapat ke sana dalam kadar segera dan masa terbaik yang Allah tentukan
 

CONTOH SURAT RAYUAN HAJI

====================================================================================================================

14, Jalan  Renggam 32/1

Seksyen 32, 40460, Shah Alam

Selangor

 

16 November 2016

 

Bahagian Operasi Domestik

Lembaga Tabung haji

Lantai 30, Banguana Ibu Pejabat Tabung Haji

201 Jalan Tun Razak

50732 Kuala Lumpur

 

Tuan,

RAYUAN PENEMEPATAN HAJI BAGI TAHUN 1439 H/ 2018 M

NAMA: nama suami NO AKAUN TH: 

NAMA: nama isteri NO AKAUN TH

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, kami telah membuat pendaftraan haji di Tabung Haji cawangan Shah Alam pada tahun 2009 dan disenaraikan untuk ke sana pada tahun 2029 M.

Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh penempatan ibadah haji pada tahun 1439H/2018 Masihi berdasarkan perkara berikut

 

1. Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan kesihatan di masa akan datang. Untuk rekod, kami telah memohon rayuan haji sebanyak 2x pada tahun 2013 dan 2015 juga seperti dalam lampiran.

2. Kami menyertai badan kebajikan NGO untuk program amal dan pemergian kami yang masih muda dan sihat ini diniatkan untuk membantu jemaah warga emas yang kurang upaya di sana.

3.Anak-anak sudah bersekolah dan tidak ada yang mengambil peperiksaan besar pada tahun ini.

4. Kami sudah mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam

5. Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan Haji

 

Justeru itu, besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberikan peluang mengerjakan Rukun Islam ke -5 pada tahun ini.

Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

 

Yang benar,

 

................................ .

Nama Suami

No KP: 780518-14-5382 

=================================================================================================================

Tarikh tutup permohonan: 18 Mac 2018

Email: TH-info@lth.gov.my dalam bentuk pdf

atau serahkan di cawangan Tabung Haji yang berdekatan

No customer service Tabung Haji: 03-62071919

Labbaikallah humma labbaik..