MACAMANA NAK PILIH TELEKUNG KANAK-KANAK YANG SESUAI DENGAN UMUR ANAK
Adakah anda sedang mencari telekung kanak-kanak untuk anak anda? Sila teruskan bacaan anda pada perkongsian kali ini.
Tidak dapat dinafikan lagi bila terlalu banyak pilihan untuk telekung kanak-kanak, pasti anda rambang mata untuk memilih telekung yang sesuai untuk anak anda.
Pemilihan telekung kanak-kanak yang sesuai untuk anak anda membuatkan si comel berminat untuk sentiasa mengayakan bukan sahaja di rumah, mereka juga suka memakainya jika mengikuti program-program solat di sekolah/tadika, atau pergi solat hari raya.
Jangan risau, kerana perkongsian kali ini kami akan membantu anda dalam memilih telekung yang sesuai untuk anak anda dan juga bakal membuatkan si comel selesa apabila memakainya.
Di sini kami berikan 5 tips memilih telekung kanak-kanak yang perlu anda tahu sebelum membuat pembelian. Antaranya adalah:
- KENA PANDAI PILIH SAIZ YANG SESUAI.
- Sebelum anda ingin membuat pilihan, pastikan anda kenal pasti saiz telekung yang ada. Biasanya saiz muka mesti sesuai ikut umur anak.
- Dari segi labuh telekung, pastikan jangan terlalu labuh sehingga boleh membahayakan si comel daripada terpijak atau terjatuh.
- Kalau anda beli secara online, anda boleh ukur dahulu tinggi anak anda dan boleh tengok saiz yang sesuai untuk membuat pilihan.
- Anda boleh hubungi kami dahulu untuk bertanyakan mengenai saiz yang sesuai untuk anak anda jika diperlukan.
- KANAK-KANAK SUKA TELEKUNG BEWARNA-WARNI
- Antara telekung kanak-kanak yang sering mendapat permintaan biasanya adalah telekung yang bewarna-warni.
- Kanak-kanak yang menyukai telekung bewarna-warni ni biasanya dalam lingkungan umur 4 tahun ke bawah.
- Jika anak anda berumur atas 4 tahun ke atas sekalipun anda boleh bertanyakan kepada mereka pilihan telekung yang mana mereka suka.
- Di Telekung An-Najwa, kami mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga pelbagai corak menarik untuk telekung kanak-kanak mengikut cita rasa mereka.
- MATERIAL TELEKUNG KANAK-KANAK
- Pastikan anda memilih material yang tahan lasak seperti material telekung soft jersey atau material telekung cotton. Telekung lycra pun boleh cuma nanti cepat longgar.
- Jika anak anda ada allergy sebagai contoh mempunyai kulit yang sensitif kepada fabrik kain, anda perlu pastikan dahulu anak anda boleh memakai material apa yang sesuai supaya tidak menimbulkan allergy.
- Kami mempunyai pelbagai material cotton yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri antaranya adalah mudah diserap dan nyaman, fabrik yang ringan, kain yang sejuk dan senang dicuci sekiranya terdapat kotoran makanan atau minyak dan yang paling penting tidak mudah ronyok.
- TELEKUNG KANAK-KANAK MUDAH DI PAKAI
- Selain material yang yang selesa dan berkualiti, anda juga perlu pastikan telekung kanak-kanak yang mudah dipakai sebagai contoh telekung kanak-kanak perlu ada tali pengikat bergetah supaya mudah untuk menyarung terus ke kepala puteri anda.
- Kenapa perlu tali pengikat bergetah kerana biasanya kanak-kanak yang terlalu aktif menyebabkan telekung anak anda tidak kemas, jika ada tali pengikat bergetah itu anak anda akan nampak kemas dan selesa memakainya.
Antara koleksi Telekung Kanak-Kanak An-Najwa -TELEKUNG AYANA
- DESIGN TELEKUNG KANAK-KANAK YANG MENARIK
- Design yang menarik merupakan salah satu kelebihan dan keunikkan telekung kanak-kanak yang terdapat pada kedai kami.
- Kanak-kanak perempuan sekarang lebih gemar bergaya ala fashionista. Mereka suka telekung yang cantik dan tertarik sehingga berminat untuk ajak mak dan ayah solat sentiasa dengan mereka.
- Kanak-kanak perempuan lagi suka jika mereka bawa telekung mereka kesekolah kerana warnanya yang cantic dan selesa di pakai kemana sahaja.
Jika anda ingin membuat pembelian telekung kanak-kanak, anda boleh klik melalui link di bawah. Terdapat pelbagai pilihan dan corak warna yang anda boleh pilih mengikut citarasa anak anda.
KLIK LINK INI UNTUK PEMBELIAN [ https://telekungnajwa.my/telekung-kanak-kanak ]
Sampai di sini sahaja perkongsian daripada kami untuk kali ini. Insyallah akan ada lagi beberapa perkongsian maklumat daripada kami untuk anda pada artikel yang seterusnya.
Kami sentiasa mempunyai promosi yang menarik buat si kecil, anda boleh like facebook dan follow Instagram kami melalui link di bawah.
Klik sini untuk like facebook telekung annajwa [ https://www.facebook.com/telekungnajwa]
Klik sini untuk Follow IG telekung annajwa [ https://www.instagram.com/telekungnajwa/ ]
Jangan lupa kongsikan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan semoga dengan perkongsian yang berguna dapat membantu orang yang mencari telekung kanak-kanak pilihan mereka.